Kemudian salah seorang petugas
memberikan borang pendaftaran dan ia membuatkan saya rasa tertarik ke atas
soalan MENGAPA ANDA MAHU BELAJAR BAHASA ARAB.
Menyatakan perkara yang berlainan di
atas kertas dengan apa yang berada di minda saya ketika itu sememangnya adalah
rahsia di antara saya dengan Allah.
Lantaran pilihan saya bagi mengikuti
asas belajar arab masih tiada guru dan belum ditetapkan bila ia bermula, saya
memasuki kelas bacaan Al-Quran rakan Syrian yang sepenuhnya terdiri dari wanita
tempatan dengan berlainan kewarganegaraan.
Kelihatan muda walau pun berusia melewati tiga
puluhan dan melepasi empat puluhan.
Mereka di mata saya menzahirkan
perwakilan jati peribadi wanita arab yang agak keras oleh cekal semangatnya,
tegas dengan berhikmah oleh perawakan serius yang sering diduga sebagai sedikit
angkuh, anggun yang menjadi sifat semula jadi mereka oleh pembinaan fisiologi
jasad fizikal yang tinggi dan tegap untuk sering dilihat segak bergaya dengan seni-seni
aksesori perhiasan diri menjadikan saya bertanya di dalam diam apakah yang
mereka nantikan bagi memikul tugas sebagai seorang pengamanah oleh kesempurnaan pakej yang mereka miliki?
Muallimah Mona yang mengendalikan
kelas adalah wanita berkulit lebih gelap berbanding wanita arab yang lainnya.
Muda dan manis wajahnya.
Kami tidak bertaaruf walau pun jelas
kehadiran saya sebagai pelajar baru yang berwarganegarakan negara asing.
Sepenuhnya kelas dikendalikan di
dalam bahasa arab dan jelas sekilas oleh muallimah, saya memerlukan kaedah
nooraini yakni sama seperti kaedah bacaan Iqra’ / qiraati di Malaysia bagi
memudahkan kelancaran membaca Al-Quran.
Sebutan kalimah pada lafaz lidah saya
banyak yang salah pada sebutannya. Belum lagi memasuki penggunaan tajweed yakni
nahu bagi Al-Quran dan laras panjang pendek bagi hukum vowel huruf-huruf
hijaiyah.
Apakah tidak upaya tajweed menjadi
mata pelajaran bagi setiap sekolah untuk satu jangka masa yang upaya melahirkan
Al-Quran sebagai laras ummah berintelek di sekolah-sekolah di negara dunia muslim?
Al-Quran pada sudut bahasa arabnya
mudah dipelajari jika bersistem mengikut kaedah nahu tajweednya yang dipelajari
sejak awal lagi.
Ia sangat berbeza dengan bahasa arab
moden yang menjadi bahasa pertuturan masyarakat arab yang agak sukar difahami
asas binaan bahasa itu.
Takdir dari sunnahtullah Allah
Subhanahu Wataala, Al-Quran itu adalah sesuai untuk setiap manusia yang dicipta
olehNya sebagai Pencipta.
Ia bacaan yang membenarkan ummah
mempelajari Al-Quran oleh kandungan pengetahuannya yang terlalu banyak untuk
dinikmati qalamNya yang bersifat Pemurah lagi Maha Mengasihi.
Apakah manusia yang diciptakanNya tidak
wajar berasa dikasihi oleh TuhanNya?
Ya cuma tatkala manusia berhasad dan
mempunyai nilai yang digelapkan oleh kelemahan dan kekurangan dirinya
menjadikan Al-Quran perlu dipelihara kesuciannya dari wujud fitnah yang membawa
kepada keburukan ke atas ummat sesamanya lantaran Allah memelihara kesucian
ayat-ayatNya sendiri tanpa perlukan bantuan sesiapa.
Tafsiran dari surah-surah wajar
dibuka kelas pembelajarannya bukan ayat-ayat surah Al-Quran itu sendiri yang
dijamin kesuciannya dari diubah atau dipinda atau dipadamkan melainkan mengikut
apa yang telah menjadi Ketetapannya di Loh Mahfuz untuk ummah diintelekkan oleh Al-Quran.
Juga agar perbincangan perbahasan hujjah serta diskusinya disempadankan oleh dalil bagi memelihara dari perdebatan mewujudkan pergeseran dan pertentangan.