Bismillah.
Ya Allah sabarkanlah saya.
"They should know i am really fed up with all this domination by arab man on their own lady (i am not sure about it)"
"To object this weakness, i will making a fun clown story about their own girl and lady."
"Muslim always be fair even they are being treat as an enemy. Is it because they are always be sincere or pretended is their character?"
Sekolah saya di Canada.
Ia tersangat jauh dari tempat tinggal saya.
Saya masih tidak tahu bagaimanakah saya ditempatkan di sekolah ini yang hanya terdiri dari pelajar-pelajar perempuan yang terbahagi kepada beberapa kelompok usia mengikut kursus yang dikuti.
Saya menemukan berbagai jenis warna kulit pada wajah yang saya temui pada hari pertama menjejakkan kaki di sekolah tinggi ini.
Saya tidak menemui seorang lelaki pun pada ketika itu.
Ketika itu tertanya-tanya juga di dalam hati apakah saya akan melihat pemandu wanita yang memandu van atau bas yang menghantar barangan keperluan ke sekolah?
Di dalam perlahan saya sering berdoa agar tidak menemukan stuasi yang sering mahu dihindari. Saya cuba menghindari dari melalui laluan yang perlu berakhir dengan secara terpaksa untuk diakui dengan pahit bahawa kelemahan di pihak wanita sendiri yang menjadikan lelaki mereka ditampilkan sebagai penyelamat atau sekurang-kurangnya wanita-wanita ini sendiri yang mahu kekal berdiri di atas kaki para lelaki.
Hanya ini sahaja natijah yang saya temui pada perjalanan yang masih sedikit pengalamanya dalam membina pengalaman sendiri.
Fitrah azali dari sifat Al-Hakam Al-A'dlu menjelaskan siapa Pencipta dan siapa hamba apabila lelaki adalah bersifat memimpin.
Allah Maha Mengetahui kerana sifat PenciptaNya.
KeadilanNya oleh Kepemurahan kasih sayangnya mengetahui kecenderungan hamba-hambaNya yang berfitrah untuk mempunyai pasangan yang berlainan gender dan menguji hamba-hambaNya yang umumnya tidak mampu berlaku adil jika beristeri lebih dari seorang oleh nafsu amarah tatkala kewujudan wanita-wanita mengatasi bilangan lelaki.
Meski pun pada perjalanan ini wanita-wanita yang saya temui umumnya ramai yang bertumit tinggi kasutnya, hebat aksesorinya dengan pelbagai material jenis lembut menutupi kulit mereka, semua ini menjadikan mereka perlu kekal berada di samping lelaki-lelaki yang lemah yang dikayakan oleh keselesan menjadi pemilik harta yang tidak perlu diluruhkan peluhnya walau pun setitik.
Peluh yang dititiskan hanya wujud tatkala lelaki-lelaki lemah kemandirian ini menangalkan jubah mahal mereka yang ditenun selimpang di atas bahu hinga ke hujung kaki dengan bebenang emas dan igal lilitan imej lelaki 'suci' di kepala dan seutas butiran tasbih mutiara mahal di kocek untuk berasa megah berdiri di sisinya wanita yang enatah dari mana menjelmanya tanpa rasa aib untuk menumpangkan maruah kerana berjaya menjadi arab celu dan arab tiruan.
Mungkin mereka mewarisinya dari lelaki bertuxedo yang bergilap sepatu hitam mereka dek ingin berdiri sebaya usia wanita yang perlu menzahirkan dada untuk dilihat muda...
Saya semakin tenat di sini.
Sakit ini menikam luka di setiap emosi saya tatkala tiada pembaharuan iman yang dilansungkan.
Saya sakit di sini dengan panca indera yang semakin tumpul untuk mencahayakan suara batin yang jauh terletak di sanubari saya meski pun saya sudah semakin baik bacaan Al-Qurannya. Tidak wajarkah ia sudah memadai buat saya?
Saya sakit!
Sakit kerana terasa perlu memindahkan setiap kelukaan wanita-wanita itu ke atas rohani saya tatkala saya tidak melihat kekecewaan mereka!
Lelaki di tanah ini tidak tahu menitiskan peluh kerana bekerja!
Lantas wanita dan anak-anak mereka menganjurkan supaya pusat riadah menjadi tumpuan dengan kitaran yang serupa di mana akhirnya yang dibawa masuk ialah juru-juru jaya budaya yang tidak memahami penghayatan beragama.
Sukar untuk saya membahagiakan hati sendiri tatkala melihat hakikat saudara seagama saya di sini tidak sedia bekerja kerana mereka selama ini selesa menjadi penghijrah yang dianjurkan dengan kebajikan ditaja oleh semangat kemanusiaan baik yang lelaki mahu pun yang perempuan.
Lantaran saya perlu melakukan transit di setiap lapangan terbang bagi menukar penerbangan sebelum tiba di Canada, sering ia menjadikan masa saya tidak dapat diuruskan dengan baik. Jauh perjalanannya sehinga saya selalu tiba lewat ke kelas. Cikgu-cikgu pula seperti memahami bahawa perjalanan ribuan batu itu memenatkan saya yang sering mengejar masa untuk disamakan dengan jarum jam di dinding kelas.
Allah memberikan saya peluang untuk sering dapat berada bersama-sama dengan wanita-wanita solehah. Wanita-wanita yang baik ditemui berkumpul di sini.
Di satukan oleh pencarian ilmu.
Walaupun jauh ribuan kilometer, wangian wanita solehah yang dinaungi oleh sayap-sayap malaikat mudah saya jejaki namun malangnya seperti saya tidak mahu dilepaskan oleh mereka.
Sayakah yang terdera dengan barakah kesolehan mereka?
Saya tidak berfikir mereka ini berlakonan juga ... sebagaimana khalayak yang sering 'mempersendakan' catatan-catatan peribadi saya.
Blog ini ditulis menggunakan bahasa kebangsaan Malaysia. Seorang manusia bergenderkan wanita beragama islam, berbangsa melayu dan berkerakyatan Malaysia. Lelawati binti Mohd.Ali
Jumaat, 22 Mac 2013
Berlakonkah Juga Kita?
Journal Musafir Wanita Melayu Muslim
Penulis
Khamis, 21 Februari 2013
Komunikasi Tidak Terurus
Setibanya di Al-Fanar semangat saya hilang dan terbang melayang.
Seluruh emosi saya tersentak.
Bagaikan melalui gudang penyetoran bagi menyimpan barangan
yang tidak diperlukan, saya tercari-cari laluan untuk mendaftar bagi bertemu
dengan Siti Aisyah.
Tersorok bagaikan bersembunyi dari dipandang Al-Fanar umpama karung buruk di mata saya tatkala bagaikan dipaksa agar melewati lorong-lorong gudang yang ditinggalkan.
Mungkin juga ianya kerana saya tidak menemui laluan di pintu utama.
Mata saya terganggu dengan penglihatan yang sukar dipadamkan .... tidak terurus dengan baik, kekurangan kaki tangan dan beginikah laras pada istilah percuma semata-mata bergantung pada ehsan dan budi serta besar jiwa kerana kasih sayang?
Terminal kebajikan dan saluran kemanusiaan juga perlu menggunakan topeng!
Saya tidak tahu bagaimana mahu mengira dana dan wang dari tabung yang dikatakan upaya membangunkan sebuah pusat pendidikan yang mahu ditinggikan taraf berpengetahuan wanita dan kanak-kanak.
Saya tidak tergiur untuk bertanya tentang Malala yang dihidupkan oleh pelbagai sifat intelek budiman.
Saya tidak ingin lagi memikirkan karisma kepimpinan mana yang perlu diikonkan menjadi ikutan generasi.
Penterjemahan beragama apakah perlu kekal menjadikan orang islam kelihatan serba naif tatkala persekitaran kondusif kekal melingkari para pembawa budaya yang membawa skill kemahiran berkualiti dengan jaya diri dengan tampil persona kualitinya walau pun akhlak bukan lagi menjadi pembina institusi kekeluargaan?
Kegagalan dari kejayaan pelobian tidak memberi apa-apa makna ... kata sanubari saya yang paling dalam.
Menguruskan pengetahuan kepada saudara-saudara yang masih
baru mengenali islam adalah satu tanggungjawab yang amat berat kepada tenaga
pengajar di Al-Fanar yang menyediakan kelas pengajian islam secara percuma.
Sukar saya pendamkan rasa simpati yang amat dalam terhadap
keinginan mereka mengorbankan masa rehat bersama keluarga hanya bagi
menguruskan kelas-kelas ini.
Tidak wajar masa-masa yang dijadualkan untuk bersama keluarga di hujung minggu turut digunakan bagi menguruskan kelas pengajian kerana
pada saat-saat begitu di waktu petang kesemua mereka telah mengeluarkan tenaga paling maksimum
dan sedikit letih untuk memulakan pembelajaran berbanding pada waktu pagi.
Saya pasti guru-guru juga sudah mengoptimumkan tenaga mereka seharian setiap hari bekerja untuk menikmati kerehatan kerana bukan semua mempunyai pembantu di rumah bagi membantu mereka.
Hari Jumaat adalah hari kelepasan umum di Qatar.
Ia wajar diberikan kepada setiap pekerja samada bagi pekerja
berpendapatan atau pun bertaraf sukarela khususnya bagi ibu-ibu yang telah
menyempurnakan tugas dan kewajipan mereka sebagai isteri dan ibu sementelahan
para suami bercuti dan hanya mahu berehat di rumah sebelum memulakan semula
tugas mereka pada hari Sabtu atau Ahad.
Waktu bertugas di negara-negara arab amat menuntut
pengoptimuman tenaga tatkala rakyat tempatan bukan terdiri dari pekerja yang memenuhi setiap sudut aktiviti pembangunan negara mereka.
Kebergantungan kepada pekerja asing menjadikan kekal cara hidup masyarakat barat menjadi warna kepada hidup berbudaya negara arab yang sedikit mundur pembangunan akhlaknya.
Bagaimanakah model yang boleh dijadikan ikutan dalam membina status kebajikan jika diorganisasikan secara
percuma?
Apa yang pasti suara sebenar Siti Aisyah tidak sama seperti mana suara yang saya dengar dari telefon....
Journal Musafir Wanita Melayu Muslim
Diskusi
Sebenarnya Ia Hanya Hubungan Sehala Sahaja
Sejak mula saat diisi borang pendaftaran saya sudah mulai
diulit rasa musykil.
Pada malam Khamis hari Rabu (2/1/13) sejurus sebelum waktu
maghrib saya menerima panggilan telefon dari seorang wanita yang bersuara amat
lembut perlahan dengan dailek Indonesia memperkenal diri sebagai Siti Aisyah
bertanyakan tentang email yang
dikirimkan kepada saya.
Apabila menyatakan saya tidak menerima pengiriman email ke
thanaif@gmail, Siti Aisyah meminta saya mengirimkan email
kepadanya untuk kiriman semula.
Sukar untuk menjelaskan perasaan hati saya terhadap susunan yang disistemkan pada akaun email-email saya kebelakangan ini tatkala saya tidak menerima banyak kiriman email kerana tidak mempunyai ramai kenalan.
Eletronik digital juga mempunyai teknologi pda sudut genetiknya?
Memiliki gen jugakah pemetaan komunikasi peribadi dan jaringan komputer sehingga menjadikan saya sering bermenung melihat aksi robot pembantu yang tidak berjalan melalui gentian optik tetapi dari satelite yang dapat mengesan laluan orbit di bumi?
Bertimbun-timbun web master mengirim semula email yang saya balas yang menjelaskan sensor eletronik seperti mengawal sistem jaringan komputer saya.
Alamat email Siti Aisyah stay_m26@yahoo.co.id
dinyatakan sebagai tidak sah oleh yahoomail dan gagal dikirimkan tatkala saya mencuba menggunakan akaun
thanaif@yahoomail serta di hotmail.
Apabila mesin diminta berfikir hanya melalui program penduplikasian dalam sistem komunikasi yang dikawal ingin ditanyakan apakah makna globlalisasi apabila prosessor cip yang menyimpan memori mudah digunakan bagi meniru dan mengubah suara?
Adakah wujud pembebasan manusia dari belenggu 'apartheid' tatkala sistem perhubungan manusia boleh ditempa acuannya?
Dan sesungguhnya mesin tidak boleh digunakan di dalam membina interaksi bila ianya tidak boleh didakwa apabila wujud kesalahan yang perlu dipertanggungjawabkan. Manusia bernyawa dengan sifat emosi, intelek dan rohani yang tidak boleh diprogramkan oleh mesin yang sengajakan untuk mempunyai multi identiti.
Anak gadis menyatakan bahawa saya wajar hanya menggunakan
satu email sahaja bagi menghindari kekeliruan kerana saya mungkin terlupa email
yang mana telah gunakan.
Kebahagiaan diberikan kepada orang yang berbakat.
Apakah bakat saya pada penulisan ini sesuatu yang
memudratkan sehingga saya perlu berhadapan dengan kesukaran?
Lantaran itu saya menggunakan kesemua email bagi mengesahkan
aktiviti saya di siber setelah menyedari Yahoo Mesengger saya telah
digunakan oleh seseorang yang turut menamakan dirinya sebagai thanaif.
Dipersendakan saya tergelak.
Diperendahkan saya tidak mengelak.
Dilempar keji saya tidak tersentak.
Diumpat hista sedikit rasa cuak.
Gusar agama menjadi fitnah walau nama telah dilumuri sebak.
Dihasad iri saya tangiskan dengan jiwa yang sesak.
Walau sesekali terladung air mata hingga mata membengkak.
‘Bangsat, durjana malah khinzir’ melucur laju sebagai
kalimat bertekak.
Apakah mereka kekal tidak menyedari bahawa angkasa, lautan, bumi dan udara dimiliki oleh Pencipta untuk seketika mereka merendahkan ego yang dikuasai?
Journal Musafir Wanita Melayu Muslim
Diskusi
Komunikasi Efektif?
5/1/13
Semalam saya ke Al-Fanar yang merupakan satu lagi pusat
pendidikan pengajian islam yang dikendalikan oleh kerajaan.
Saya difahamkan bahawa Al-Fanar dianggap sebagai badan induk
yang menjadi pusat utama pengurusan yang mengurus pusat-pusat pengajian dakwah
di Qatar.
Al-Fanar sudah menjadi tempat lazim untuk kami anak beranak
singgah bagi mengerjakan solat apabila berada di kawasan Souq Waqif atau
Corniche.
Saya tidak mengetahui tentang aktiviti badan dakwah ini
selain pernah dua kali mengikuti ceramah bersifat keagamaan yang dianjurkan
oleh beberapa pihak komuniti di sini.
Pertama kali ialah sewaktu Miss Yvonne Ridley diundang untuk
memberi perkongsiannya mengenai pengalamannya sebagai seorang wanita Britain beragama kristian menerima Islam setelah dibebaskan oleh pejuang taliban.
Ke dua kalinya ialah sewaktu salah seorang mubaligh tanah
air saya yang berketurunan tionghua diundang bagi menjelaskan pelbagai
pengisian yang menambah pemahaman kami terhadap akidah yang seterusnya memohon
bantuan keewangan dari badan kebajikan yang dikendalikan oleh kerajaan Qatar
(jika saya tidak silap)
Saya juga mempunyai sejarah tersendiri mengenai Al-Fanar.
Satu ketika saya membantah keinginan komuniti dari tanah air
saya sendiri yang mahukan penggunaan bahasa inggeris bagi buku-buku yang bakal
digunakan oleh anak-anak kami ketika mengikuti kelas pengajian fardhu ain.
Tatkala itu saya ditawarkan untuk turut menjadi salah
seorang pengajar bagi anak-anak kami.
Lantaran saya menyedari ketiadaan kelulusan tinggi sebagai
syarat, saya mencuba menolaknya dengan baik.
Menggunakan alasan menolak penggunaan bahasa inggeris bagi
buku-buku rujukan yang akan digunakan yang dikatakan didatangkan dari Arab
Saudi (sekiranya saya tidak silap) saya berusaha untuk menghindari mengganggu
kelancaran aktiviti program komuniti tanah air saya.
Tatkala itu pendirian saya melampaui sempadan tatkala
penerbitan buku pastinya didatangkan dari Amerika (saya masih mengimbas satu
persatu peristiwa itu).
“Bagaimana mungkin anak-anak kita diasuh imannya menggunakan
bahasa lain tatkala kita sendiri yang mengajar mereka?'
Saya melemparkan senyuman kepada wanita tinggi lampai yang
berkulit putih sambil memandang seorang wanita yang berkaca mata yang pernah
menjawat jawatan di Lembaga Peperiksaan di tanah air saya.
“Anak-anak kita kebanyakannya menggunakan bahasa inggeris
dan tidak mahir berbahasa melayu.”
“Apa masalahnya jika meningkatkan penggunaan bahasa
inggeris.”
Saya menyapu pelbagai persoalan ke dalam lipatan sanubari
minda saya untuk dibuka semula sekiranya saya memerlukan inti bagi menulis.
Saya tidak bersedia menjadikan bahasa inggeris sebagai
perantara terhadap anak-anak bangsa saya yang gagal untuk melihat bahawa
pembinaan jati diri sebagai seorang muslim sangat wajar dibina oleh bahasa yang
difahami dalam memahami proses-proses mengapa dan bagaimana kehidupan kami sebagai
seorang muslim mempunyai pengertian yang amat dalam untuk dilalui sebelum ianya
upaya diteladani.
Pagi itu kami tidak bertengkar jauh sekali bermasam muka
tatkala berbincang dan berkongsi pandangan.
Air panas dan karipap (sejenis kuih kegemaran saya)
menjadikan kami menghirup udara segar villa mewah di West Bay memasuki
rongga-rongga sesalur periferi membuatkan tidak wujud tekanan dan stress di
antara kami kerana kecukupan oksigen pada aliran darah kami walaupun darah kami
masih dari jenis darah belia muda.
Itulah akhirnya kami berpandangan dan saling menyapa emosi.
Berpisah tanpa bertemu semula.
Mungkin kordinasi saraf saya bersifat neutral tatkala upaya
melafazkan kata-kata, ‘bagaimanakah kenderaan mewah menaiki pembahagi jalan jika
tidak dipandu laju’ tatkala menemukan salah sebuah kenderaan pengiring acara
pertandingan tennis tersadai di atas pembahagi jalan di Corniche dalam
perjalanan pulang.
Jika tidak silap kenderaan mewah BMW yang tersadai di pembahagi jalan itu menjadi kenderaan rasmi
pihak penganjur bagi acara yang dianjurkan oleh WTQ ketika itu.
Dan semalam saya berada semula di Al-Fanar.
Sebuah bangunan yang menjadi antara daya tarikan bagi Doha.
Anak pertama dan anak ke dua saya seperti selalu menjadi
peneman setia saya jika ke mana-mana.
Kasih sayang keluarga menjadikan saya sering berasa damai
walau pun berada di tengah-tengah kemelut tindanan emosi.
Musykil saya sukar diluahkan sejak dari saat pertama
mendapatkan khabar tentang pengisian ilmu yang menggunakan bahasa melayu.
Ya bahasa melayu di sini merujuk bahasa Indonesia bukan
bahasa kebangsaan tanah air saya. 'Malay language' pula dirujuk sebagai 'malayalam language'.
Pengetahuan saya umpama ‘layang-layang’ yang putus tali
kerana tidak upaya dan tidak sedia diikat oleh apa pun jenis temali. Ianya
kerana sememangnya tiada wujud temali yang melingkari lingkaran aktiviti saya
selama ini.
Telah tujuh tahun saya mencari dan saya tidak menemukannya
kerana itu saya upaya mempertahankan kedamaian dan ketenangan kerana tabah
untuk menyedari sememangnya ‘tali Allah’ berpintal kuat mengikat saya.
Ke mana sahaja kita berada Allah menyaksi dengan bala
tenteranya yang turut menghuni alam ini.
Malaikat.
Malaikat adalah ‘bala tentera- tentera' Allah yang
turut melihat ‘roh-roh’ jahat yang dijadikan perisai oleh para syaitan.
Saya sangat bosan dengan gangguan yang dilakukan secara
tidak bermaruah sehingga catatan saya tidak lagi dibuka hanya beralasan ianya
hanya catatan lama yang usang dan bukan bersifat baru untuk dijadikan idea.
Journal Musafir Wanita Melayu Muslim
Wanita Permainan Lelaki
Jumaat, 1 Februari 2013
Nikmat Solehah
"Saya benci dengan paparan 'blog seterusnya' yang mencuba mengiringi catatan blog saya dengan justin bieber"
"I really hate with the showing wordings from certain blog to make my notes looks like my writing as for justin beiber - i really feel disturbing with this kind of mark!"
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rutin harian saya mulai menyempitkan masa untuk kegemaran menulis dilansungkan.
Masih terpahat di dalam minda dengan pertanyaan bagaimanakah wanita solehah dilahirkan oleh zaman?
Adakah wanita solehah dibentuk oleh lelaki soleh atau wanita solehah dibentuk oleh dirinya sendiri tanpa dokongan lelaki-lelaki soleh?
Bagaimanakah pula halnya buat wanita-wanita yang berlainan agama dengan saya apakah maruah mereka dipelihara oleh lelaki-lelaki mereka atau mereka sendiri yang membentuk sehingga terlihat nilai-nilai yang upaya dipertikaikan tatkala sanubari saya menyuluh jauh ke dalam hati wanita-wanita itu di dalam diam.
Lelaki-lelaki merekakah yang membentuk sifat 'pelacur' pada wanita segender dengan saya yang berada di barat dan di tengah benua ini?
Tatkala saya sukar menolak jualan yang memperdagangkan wanita-wanita itu lantaran kewujudan tuntutan untuk membeli, apakah lelaki-lelaki zaman ini waras akal fikiran mereka lantaran mempunyai harta, nafsu di pelipat kulit sukar mahu dikuasai?
Apakah kulit senipis bawang itu turut dimiliki oleh lelaki-lelaki yang didakwa gagah tetapi masih lemah hanya oleh tikaman pandangan?
Tidak bermoralkah wanita-wanita ku yang sedia menjadikan dada dan zahir rupa sebagai cagaran menebus bahagia?
Apakah kami masih kekal berhasrat memiliki sifat kaum Ad, Thamud, Firaun dan Quraisy?
Fikiran ini menerawang menyangkar tanpa sedia membebaskan minda saya tatkala menemukan lingkaran wanita solehah yang menjadi pengajar dan pengendali yang mahir menggunakan bahasa jiwa di pusat-pusat pendidikan agama yang saya ikuti.
Bahasa jiwa dan langgam hati pada minda saya ialah roh batiniah wanita-wanita solehah ini hanya dapat disentuh oleh roh yang sefitrah dengan mereka.
Laksana virus, seluruh jiwa raga saya bagaikan diganggu oleh sifat solehah mereka.
Saya menyedari terlalu ramai ahli akademik dan berkarier professional menjadi tenaga pengajar dan pelajar di kedua-dua pusat ini tatkala saya tidak tahu siapa 'Maryam' yang sebenarnya yang ditempa namanya di pusat ini.
Jika berupaya saya mahukan 'kekuatan' ahli akademik dan profesional ini mengusir semua resah dan kegusaran yang bersarang di minda ini oleh ragam tabiat alam yang berfitrahkan kebendaan.
Akademik mereka pada sudut fikir saya ialah kefasihan dan kelancaran tutur perbicaraan yang dilisankan dari kandungan Al-Quran.
Fikiran mereka dari renungan pemahaman Al-Quran setelah ianya dibaca.
Tindakan mereka dari sisipan Al-Quran yang menyentuh hati saya yang paling dalam.
Perawakan dan sikap bina diri terlalu sederhana dan amat terzahir ikhlasnya seperti mana yang dibimbing sifat mukmin oleh Imam Al-Ghazali.
Saya tidka tahu kebodohan jenis apakah yang masih dimiliki oleh lelaki-lelaki muslim kami yang masih tidak dapat memuliakan diri mereka oleh 'harta' pemberian Allah yang sangat berakhlak ini.
Dengan berhat-hati saya ingin ajukan persoalan buat mereka bagaimanakah budaya peradaban akhir zaman menurut Al-Quran?
Apakah budaya bagi mereka yang membaca Al-Quran?
Apakah sifat mukmin tidak ditegaskan sebagai natijah dari pembacaan Al-Quran dan memadaikan generasi demi generasi hanya mewarisi kemusliman sahaja dari nenek moyang mereka serta generasi terdahulu?
"I really hate with the showing wordings from certain blog to make my notes looks like my writing as for justin beiber - i really feel disturbing with this kind of mark!"
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rutin harian saya mulai menyempitkan masa untuk kegemaran menulis dilansungkan.
Masih terpahat di dalam minda dengan pertanyaan bagaimanakah wanita solehah dilahirkan oleh zaman?
Adakah wanita solehah dibentuk oleh lelaki soleh atau wanita solehah dibentuk oleh dirinya sendiri tanpa dokongan lelaki-lelaki soleh?
Bagaimanakah pula halnya buat wanita-wanita yang berlainan agama dengan saya apakah maruah mereka dipelihara oleh lelaki-lelaki mereka atau mereka sendiri yang membentuk sehingga terlihat nilai-nilai yang upaya dipertikaikan tatkala sanubari saya menyuluh jauh ke dalam hati wanita-wanita itu di dalam diam.
Lelaki-lelaki merekakah yang membentuk sifat 'pelacur' pada wanita segender dengan saya yang berada di barat dan di tengah benua ini?
Tatkala saya sukar menolak jualan yang memperdagangkan wanita-wanita itu lantaran kewujudan tuntutan untuk membeli, apakah lelaki-lelaki zaman ini waras akal fikiran mereka lantaran mempunyai harta, nafsu di pelipat kulit sukar mahu dikuasai?
Apakah kulit senipis bawang itu turut dimiliki oleh lelaki-lelaki yang didakwa gagah tetapi masih lemah hanya oleh tikaman pandangan?
Tidak bermoralkah wanita-wanita ku yang sedia menjadikan dada dan zahir rupa sebagai cagaran menebus bahagia?
Apakah kami masih kekal berhasrat memiliki sifat kaum Ad, Thamud, Firaun dan Quraisy?
Fikiran ini menerawang menyangkar tanpa sedia membebaskan minda saya tatkala menemukan lingkaran wanita solehah yang menjadi pengajar dan pengendali yang mahir menggunakan bahasa jiwa di pusat-pusat pendidikan agama yang saya ikuti.
Bahasa jiwa dan langgam hati pada minda saya ialah roh batiniah wanita-wanita solehah ini hanya dapat disentuh oleh roh yang sefitrah dengan mereka.
Laksana virus, seluruh jiwa raga saya bagaikan diganggu oleh sifat solehah mereka.
Saya menyedari terlalu ramai ahli akademik dan berkarier professional menjadi tenaga pengajar dan pelajar di kedua-dua pusat ini tatkala saya tidak tahu siapa 'Maryam' yang sebenarnya yang ditempa namanya di pusat ini.
Jika berupaya saya mahukan 'kekuatan' ahli akademik dan profesional ini mengusir semua resah dan kegusaran yang bersarang di minda ini oleh ragam tabiat alam yang berfitrahkan kebendaan.
Akademik mereka pada sudut fikir saya ialah kefasihan dan kelancaran tutur perbicaraan yang dilisankan dari kandungan Al-Quran.
Fikiran mereka dari renungan pemahaman Al-Quran setelah ianya dibaca.
Tindakan mereka dari sisipan Al-Quran yang menyentuh hati saya yang paling dalam.
Perawakan dan sikap bina diri terlalu sederhana dan amat terzahir ikhlasnya seperti mana yang dibimbing sifat mukmin oleh Imam Al-Ghazali.
Saya tidka tahu kebodohan jenis apakah yang masih dimiliki oleh lelaki-lelaki muslim kami yang masih tidak dapat memuliakan diri mereka oleh 'harta' pemberian Allah yang sangat berakhlak ini.
Dengan berhat-hati saya ingin ajukan persoalan buat mereka bagaimanakah budaya peradaban akhir zaman menurut Al-Quran?
Apakah budaya bagi mereka yang membaca Al-Quran?
Apakah sifat mukmin tidak ditegaskan sebagai natijah dari pembacaan Al-Quran dan memadaikan generasi demi generasi hanya mewarisi kemusliman sahaja dari nenek moyang mereka serta generasi terdahulu?
Khamis, 24 Januari 2013
Arab Bertahunkan Gajah Bukan Unta?
12 Rabiul Awal bertahunkan gajah
20 April
dihitung pada masihi 571
Anak-anak menggeleng kepala
Mana ada gajah pada waktu itu di gurun kita?
Tatkala dari Ethiopia untuk ke Dijibouti menuju
Sana’
Bukankah melintasi Bab El Mandeb?
Bagaimana ada gajah-gajah yang banyak ketika itu
Ya Muallimah?
Tertunduk silu mengenang kisah kelahiran mu yang
sudah tidak memberi apa-apa erti
Termanggu malu hati tatkala barakah lahir mu bukan
sunnah untuk dipelajari faedah fadilat
Seorang ahli syurga yang menjadi kekasih Allah.
Tersipu raga rasa aib di minda tatkala lemah ummah
buat membaca catatan sejarah
Tatkala berselawat dengan patah kalimah bahasa
yang bukan bahasa di syurga
Tatkala bidaah ditakuti diri mu semakin jauh dari
diingati apa lagi untuk diteladani
Tatkala cela laku Dzu Nuwas memberangkan Abrahah
Kota Mekah menjadi sasaran…
Lumrah fitrahkah Ya Allah?
Hasad iri dengki Nasrani dan Yahudi.
Journal Musafir Wanita Melayu Muslim
Hak Cipta
Jumaat, 11 Januari 2013
AkarDanPohonRendangItuMulanyaDariBenih
Sabtu, 31 Mac 2012
AkarDanPohonRendangItu MulanyaDariBenih
Catatan ini dicatat
pada 12 Rabiul Awal 1433 bersamaan 4 hb Febuari 2012 jam 2.12 petang waktu
Doha.
Ia diulang catat
semula bagi mendapatkan semula imbasan terhadap perlunya akar sebagai penanda
kewujudan ku di alam nyata sebagai tejathanaif @ thanaif yang sukar diterima
kenyataannya oleh kebanyakan individu.
Wujud pertanyaan dari
diri kepada diri sendiri mengapakah kini saya kelihatan semakin memberikan
perhatian untuk mengenali dan mempelajari mengenai suku yang mengikat semula
saya kepada jurai nasab di sebelah emak? Tanpa saya berniat mahu mengabaikan
susun nasab jurai di sebelah aruah abah.
Ini adalah kerana
dari ketinggian kasih sayang lelaki dari suku nasab di sebelah emak yang dilihat
mementingkan pemeliharaan dan jaminan keselamatan kebajikan wanita-wanita mereka
yang wajar diberikan perhatian dalam waktu digiatkan usaha ingin memandaikan
anak-anak lelaki mengenai amanah kepecayaan dan tanggungjawab terhadap ibu bapa
dan keluarga sendiri.
Suku emak saya ialah
suku mungkal.Susun nasab yang diwarisi hanya oleh anak-anak perempuan yang
diperolehi dari emak dan secara tradisinya akan dimiliki oleh anak perempuan
saya. Saya menduduki tangga ke enam di dalam bilangan adik beradik yang
perempuan dari jurai suku emak yang satu-satunya anak perempuan kepada aruah
ibunya, Tiami binti Sulit. Manakala anak perempuan saya Siti Hanan menduduki
bilangan ke sepuluh dari jumlah keseluruhan bilangan cucu-cucu perempuan yang
dilahirkan oleh anak-anak perempuan emak saya Nafsiah binti Salleh.
Anak-anak lelaki wajar diberikan pengetahuan
tentang mahram yang perlu diberikan perhatian untuk ditanggung penanggung
jawabannya.
Mereka wajar mengetahui siapakah wanita dan
perempuan mahram.
Mereka wajar memahami makna amanah untuk menggalas
kepercayaan wanita mahram mereka yang memerlukan
pembelaan.
Lantaran
dunia mendapat pengaruh yang tidak terbatas oleh keruntuhan institusi
kekeluargaan ummah itu perlu didenyutkan untuk persediaan berhadapan dengan
pemanipulasian pendajjal.
Sifat
pendajjal ialah berbohong.
Sifat
ummah kepada saya ialah wajar berkata benar bagi menolak unsur fitnah yang
ditimpakan ke atas dunia dan penghuninya.
Kita
meletakkan adat resam dan budaya di tempat yang perlu bukan menolak dan
membuangnya dari aktiviti kehidupan kita.
Ini
bagi menjelaskan bagaimana terdapat segelintir masyarakat moden yang mahu
membebaskan diri mereka dari rantaian keimanan.
Islam
itu mudah tetapi bukan menjadikan kemudahan itu menyebabkan rasa keimanan
hilang.
Mana
boleh menjadi muslim tanpa mahu bersembahyang?
Mana
boleh menjadi muslim tanpa mahu memelihara kehormatan menjaga kesucian pemakanan
(bukan menjaga hanya khasiat dan jenis pengambilan dari sudut kuantiti dan
kualiti smeata-mata)
Kehormatan
wanita khususnya ialah dengan membantu kaum lelaki agar tidak melakukan dosa
apabila kesemua wanita memelihara cara berpakaian.
Ini
isu terpencil?
Ini isu ummah.
Langgan:
Catatan (Atom)